Friday, April 11, 2008

Pokok Semalu (mimosa pudica)


Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut bila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.
Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali.Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.
Dengan sifatnya yang sebegitu, tidak hairanlah ramai yang kurang mengetahui tentang kelebihannya walaupun khasiat pokok semalu sememangnya telah terbukti sejak zaman-berzaman lagi dan telah tertulis di dalam kitab-kitab perubatan dahulu kala contohnya kitab perubatan Sidha dan Ayurvedha
Didalam masyarakat Melayu Nusantara,daun semalu digunakan untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj,khususnya selepas bersalin atau haid. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang pokok semalu,termasuk akarnya sekali dan ia dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini dibuat mandian dan diratakan seluruh badan.
Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali.Campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat.
Setelah itu,sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut.
Kajian secara moden dan saintifik pula telah dilakukan oleh Prof.Dr.N.K Shanmugam, dari Ratna Krishna Pharmaceuticals,India telah menunjukkan bahawa pokok semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol, kajian ini mengambil masa yang lama dengan membuat pelbagai jenis ujikaji dan rujukan. Kajian ini telah terbukti dan mendapat pengiktirafan. Uttervin merupakan produk anti kolestrol yang telah terhasil daripada kajian tersebut.

1 comment:

GONG said...

get more about uttervin...
http://www.uttervin2u.blogspot.com